SEPANG: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa
penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di
Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan
oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari
Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.
MH370 dijangka mendarat di Beijing
pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227
penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Penumpang-penumpang dalam pesawat
tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.
Sementara itu, 'Reuters' melaporkan
bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh
Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki
ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat
kawalannya.
MAS berkata pihaknya sedang
bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan
menyelamat untuk mencari pesawat.
Syarikat penerbangan itu akan
menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa.
Sementara itu, orang ramai boleh
menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment