Saturday, December 31, 2011

Chef Wan Tutup Akaun Facebook











Adakah Chef Wan telah merajuk sehingga nekad untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Chef selebriti terkenal dan juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) itu berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.

Katanya, ''Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam, Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak". Beliau dihentam hebat kerana kritikannya kepada peserta-peserta MLM setiap minggu.

Chef Wan juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulis.

Beliau juga sedih apabila dituduh cuba memurtadkan cucunya kerana hanya membawanya ke majlis Hari Natal.

Tuduhan-tuduhan begini membutkan beliau kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook miliknya.

Wednesday, December 28, 2011

Kenaikan Kadar Caruman Majikan Bermula Januari



Bermula Januari tahun depan, kadar caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13% untuk bahagian majikan daripada kadar semasa 12%. Ini bermakna majikan perlu mencarum lebih 1 peratus daripada sebelumnya. Jika sebelum ini majikan mencarum RM600 untuk pekerja, bermula Januari majikan perlu mencarum RM650 untuk pekerja yang bergaji RM5,000 iaitu kenaikan RM50 setiap bulan.

Bagaimanapun, caruman bagi pekerja masih kekal pada kadar 11%. Kenaikan ini akan memberi faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 % daripadanya adalah ahli aktif KWSP.

Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas yang bergaji tidak melebihi RM5,000 juga turut menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5%, tambahan 0.5% manakala caruman pekerja kekal pada kadar 5.5%.

Kenaikan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan Bajet 2012 yang lepas.


Saturday, December 24, 2011

Yusry Dan Lisa Surihani Umum Pernikahan



Setelah sekian lamanya dinanti-nanti peminat, akhirnya Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012, yang akan dilangsungkan selepas solat Asar di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Dalam sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya itu juga mereka mengumumkan bahawa majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012.

Yusry dan Lisa memilih tarikh 23 Februari kerana kebetulan angka 23 sangat bermakna buat Lisa yang lahir pada 23 Mac.

Wednesday, December 21, 2011

Mata Wang Kertas Baharu tahun 2012











Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib hari ini melancarkan mata wang baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas tersebut dikeluarkan dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Bagi wang RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran sebelum ini. Mata wang baharu ini akan mulai diedarkan pada separuh kedua tahun hadapan.

Wang kertas ini mempunyai ciri-ciri keunikan negara Malaysia dan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Siri wang ini juga memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraftangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Wang ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.



DenominasiIkon
RM100Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10Rafflesia
RM5Burung Enggang Badak
RM1Wau Bulan


Monday, December 19, 2011

Dividen Dan Bonus ASB Tahun Ini



Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bersamaan 8.8 % untuk Skim Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Menara PNB, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun jumlah pengagihan dan bonus pada tahun ini meningkat sebanyak 0.05 sen seunit daripada tahun lepas iaitu pada kadar pengagihan sebanyak 7.50 sen dan bonus 1.25 sen seunit atau 8.75 %.

Sementara itu PNB menangguhkan semua urus niaga ASB bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan bermula 21 Disember hingga 2 Januari dan pembukaan semula urus niaga adalah pada 3 Januari 2012.


Saturday, December 17, 2011

Chong Wei Tewas Dalam Aksi Separuh Akhir Kepada Cheng Long

Lee Chong Wei tewas lagi, kali ini kepada pemain China, Chen Long 21-16, 16-21 dan 21-18 pada aksi separuh akhir Kejohanan Final Siri Super Dunia di Stadium Li Ning, China sebentar tadi.

Jaguh badminton negara dan pemain nombor satu dunia, Chong Wei, tewas dalam masa 1 jam 19 minit dan gagal untuk beraksi dalam final pada kejohanan berprestij untuk sukan badminton ini. Chen Long bakal bertemu rakan senegaranya, Lin Dan atau Peter Hoeng Gade ( Denmark ) yang bertarung dalam satu lagi separuh akhir.

Kejohanan itu adalah kemuncak dalam siri Super Dunia OSIM BWF dimana lapan pemain utama perseorangan lalaki dan wanita, beregu dan beregu campuran bersaing merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$500,000(RM1.6 juta).

Sunday, December 11, 2011

Chef Riz Berkahwin Dengan Pelakon Ana Dahlia











Chef selebriti, Chef Riz @ Mohd. Nadri Redzuawan telah sah menjadi suami kepada pelakon Ana Dahlia, 28, di majlis pernikahan yang dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi dengan sekali lafas.

Chef Riz, 29 merupakan anak kepada Chef selebriti yang terkenal, Chef Wan dan juga adalah salah seorang juri Master Chef Malaysia, rancangan yang memberi inspirasi dan peluang kepada chef baru untuk mencungkil bakat dalam bidang masakan dan dilatih oleh chef yang berpengalaman.

Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar pernah berlakon sebagai Azira dalam Drama Nora Elena.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jeling, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman dan Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Ana juga menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala pihak lelaki menerima 15 dulang.



Majlis tersebut turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut. Majlis persandingan akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...