Wednesday, December 28, 2011

Kenaikan Kadar Caruman Majikan Bermula Januari



Bermula Januari tahun depan, kadar caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13% untuk bahagian majikan daripada kadar semasa 12%. Ini bermakna majikan perlu mencarum lebih 1 peratus daripada sebelumnya. Jika sebelum ini majikan mencarum RM600 untuk pekerja, bermula Januari majikan perlu mencarum RM650 untuk pekerja yang bergaji RM5,000 iaitu kenaikan RM50 setiap bulan.

Bagaimanapun, caruman bagi pekerja masih kekal pada kadar 11%. Kenaikan ini akan memberi faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 % daripadanya adalah ahli aktif KWSP.

Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas yang bergaji tidak melebihi RM5,000 juga turut menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5%, tambahan 0.5% manakala caruman pekerja kekal pada kadar 5.5%.

Kenaikan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan Bajet 2012 yang lepas.


No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...