Sunday, May 24, 2015

Floria Diraja Putrajaya 2015




Perbadanan Putrajaya akan sekali lagi menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya untuk kali ke-8. 

Floria Diraja Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun 2015 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.



Bayaran masuk ke Festival Floria Diraja ini ditetapkan RM1.00 untuk kanak-kanak, RM 5.00 untuk dewasa dan RM10.00 bagi pelancong warga asing yang akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kira-kira 50 peserta dari 28 negara akan mengambil bahagian di Festival ini termasuk dari Australia, Kanada, Sepanyol, United Kingdom, Japan, Korea, Oman, Thailand, Afrika Selatan, Taiwan, dan Itali.

Antara tarikan utama pada tahun ini adalah Taman Musim Sejuk dan Musim Bunga.


Saturday, May 23, 2015

Lions XII Muncul Juara Piala FA 2015




Pasukan Bolasepak Lions XII dari Singapura muncul juara Piala FA 2015 selepas menewaskan pasukan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Lion XII mengesahkan kejuaraan menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-6 dan dua gol daripada pemain simpanan, Sahil Suhaimi pada minit ke-80 dan sepakan penalti minit ke-90.

Walaubagaimanapun Kelantan menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap Wan Zack Haikal pada minit ke-61.

Kemenangan Lion XII ini juga merupakan satu rekod apabila kelab dari pasukan luar pertama muncul juara Piala FA sejak diperkenalkan pada tahun 1990.

Saturday, May 9, 2015

Fahrin Ahmad Sah sebagai Suami Elena




Selebriti terkenal Fahrin Ahmad 36, yang juga pelakon dan pengacara sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas 36, seorang pramugari dengan sekali lafaz.




Pasangan tersebut telah dinikahkan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 10.40 sebentar tadi. 


Monday, April 27, 2015

Lee Chong Wei digantung lapan bulan



Datuk Lee Chong Wei dijatuhi hukuman gantung daripada beraksi selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bermula 30 Ogos 2014 selepas gagal dalam ujian doping yang dilakukan semasa Kejohanan Dunia Di Copenhagen tahun lepas mengikut lapuran hukuman yang dikeluarkan hari ini.

Panel BMF meneliti dan jelas apabila mendapati penemuan Dexamethasone dalam badan Chong Wei lebih kepada kecuaian. Dalam kes ini panel menganggap Chong Wei bukan sengaja menipu tetapi lebih kepada kecuaian selepas mendapati kapsul herba Cordyceps mempunyai Dexamethasone tanpa disedari.

Oleh itu, Chong bakal membuat penampilan pertamanya pada kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China pada 10~17 Mei ini. Dan seterusnya menyertai Sukan SEA pada Jun ini Di Singapura selepas berehat selama lapan bulan.

Sunday, April 5, 2015

Helikopter Tertempas Di Semenyih




Helikopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih, Hulu Langat petang semalam sering digunakan sebagai pengangkutan korporat. Pesawat berkenaan juga kerap digunakan dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan perubatan kecemasan. liputan berita dan usaha mencari dan menyelamat.

Helikopter tesebut dengan nombor pendaftaran 9M-1GB itu dipercayai terbakar di udara sebelum terhempas pada jam 4.55 petang, menurut saksi kejadian. 

Helikopter itu dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang yang kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri di Pekan, Pahang.

Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi PR1MA dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias adalah diantara yang terkorban dalam nahas tersebut. Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford, pembantu juruterbang, Aidina Baizieva, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin iaitu Koperal Razakan Seran.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Wednesday, March 25, 2015

Nahas Pesawat Germanwings




Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings yang terhempas di selatan Perancis, petang Selasa.




Germanwings mengesahkan pesawat 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldorf yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal terhempas di Pergunungan Alps Perancis.

Pegawai berkata pesawat tersebut mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 0947 waktu tempatan, kira-kira 52 minit selepas berlepas.



Ia adalah kemalangan pesawat Airbus pertama di Perancis sejak tragedi Concorde di Paris kira-kira 15 tahun lalu.






Saturday, March 21, 2015

Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah



Kelab Sepanyol, Real Madrid yang juga juara bertahan akan bertemu dengan finalis tahun lalu Atletico Madrid di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dalam undian yang berlangsung pada Jumaat di Nyon, Switzerland semalam, Paris Saint-Germain dari Perancis telah diundi untuk bertemu Barcelona manakala Porto menentang Bayern Munich dan juara Itali, Juventus menentang Monaco.

Untuk pertama kalinya dalam tempoh satu dekad, tiada pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berjaya mara ke peringkat ini dalam pertandingan bolasepak paling berprestij di dunia selain Piala Dunia.

Berdasarkan undian tersebut, jadual kesemua perlawanan di peringkat suku akhir adalah seperti berikut;


~14 April - Atletico Madrid (Sep.) lwn Real Madrid(Sep.); Juventus (Ita.) vs Monaco (Per.)
~15 April – PSG (Per.) lwn Barcelona (Sep.) ; Porto (Por.) lwn Bayern Munich (Jer.)
~21 April – Barcelona (Sep.) lwn PSG (Per.) ; Bayern Munich (Jer.) lwn Porto (Por.)
~22 April - Real Madrid (Sep.) lwn Atletico Madrid (Sep.) ; Monaco (Per.)lwn Juventus (Ita.)

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...