Presiden
Perancis, Francois Hollande menegaskan tiada seorang pun yang terselamat dalam
nahas pesawat Germanwings yang terhempas di selatan Perancis, petang Selasa.
Germanwings
mengesahkan pesawat 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldorf yang membawa 144
penumpang dan enam anak kapal terhempas di Pergunungan Alps Perancis.
Pegawai berkata pesawat tersebut mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 0947 waktu tempatan, kira-kira 52 minit selepas berlepas.
Pegawai berkata pesawat tersebut mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 0947 waktu tempatan, kira-kira 52 minit selepas berlepas.
Ia adalah kemalangan pesawat Airbus pertama di Perancis sejak tragedi Concorde
di Paris kira-kira 15 tahun lalu.
No comments:
Post a Comment