Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi
siri ketiga setem dan filateli bertemakan tumbuhan berkhasiat untuk keluaran
pertama pada tahun 2015 ini.
Koleksi tumbuhan tersebut
menampilkan empat jenis tumbuhan berkhasiat, iaitu Misai Kucing (Orthosiphon
stamineus Benth), Hempedu Bumi (Andrographis paniculata), Roselle (Hibiscus sabdariffa
L.) dan Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans).
Koleksi tersebut akan mulai dijual kepada orang
ramai pada hari Selasa ini di semua cawangan pejabat pos seluruh Negara.
Setem berukuran 30mm x 40mm tersebut dicetak secara eksklusif
menggunakan Kertas Tera Air SPM , Bersalut Fosfor.
Setem-setem tersebut boleh didapati dalam tiga denominasi iaitu
RM0.60 (Misai Kucing), RM0.70 (Roselle) dan RM0.80 (Hempedu Bumi) setiap satu. Bagi lembaran mini bersaiz 100mm x 70mm yang
menampilkan tumbuhan Belali Gajah berserta setem berukuran 30mm x 40mm boleh
didapati pada harga RM3.00 setiap satu.
Sampul Surat Hari Pertama juga boleh didapati pada hari pertama
keluaran dengan harga RM0.50 sekeping atau RM2.60 bersama satu set setem
manakala set lengkap dijual dengan harga RM57.10.
Pelanggan atau peminat setem juga boleh menggunakan kemudahan
dalam talian menerusi 'Philately Online' di www.posonline.com.my untuk membuka
akaun SODA, menambah nilai dan memeriksa baki akaun SODA, serta mengemas kini
butir peribadi.
No comments:
Post a Comment