Skuad Bolasepak Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengetepikan tuan rumah, Vietnam secara agreget 5-4 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi sebentar tadi.
Skuad Harimau Malaya meraih kemenangan 4-2 sekaligus
melakarkan rekod ketiga mara ke final kejohanan dwi tahunan ini selepas tahun
1996 dan 2010. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim seawal minit keempat permainan melalui sepakan penalti. Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol kedua negara pada minit ke-16. Shukor Adan pada minit ke-44 permainan dan jaringan sendiri oleh pemain Vietnam Dinh Tien pada minit ke-29.
Menunggu Malaysia pada aksi final nanti ialah juara tiga kali,Thailand yang mengalahkan Filipina sebelum itu.
tahniah harimau malaya...
ReplyDelete