Pasukan Badminton Malaysia layak ke akhir Piala
Thomas selepas menewskan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Siri
Fort, New Delhi sebentar tadi.
Lawan Malaysia pada aksi final adalah pasukan Jepun yang mara selepas mengetepikan juara bertahan China juga 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.
Lawan Malaysia pada aksi final adalah pasukan Jepun yang mara selepas mengetepikan juara bertahan China juga 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih mata pertama untuk Malaysia dengan menewaskan pemain Indonesia Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13.
Sementara itu, pada aksi kedua, pasangan beregu negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How meraih kemenangan apabila menewaskan pasangan Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan selepas diheret bermain hingga ke rubber-set 21-19, 8-21 dan 23-21.
Pemain perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng mengutip mata kemenangan untuk Malaysia selepas bermain dengan cermelang sekali ketika bertemu D.H.Rumbaka dengan mata 21-10 dan 21-17.
Kali terakhir
Malaysia layak ke final adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tapi tewas
kepada Indonesia 2-3.
No comments:
Post a Comment