Sunday, May 25, 2014
Real Madrid Muncul Juara Liga Juara-Juara Eropah
Kelab Sepanyol, Real Madrid berjaya muncul sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-10 apabila tewaskan kelab senegara, Atletico Madrid 4-1 pada aksi final awal pagi tadi.
Dalam perlawanan penuh dramatik itu, Real Madrid hampir tewas apabila Atletico Madrid terlebih dahulu didepan menerusi tandukan Diego Godin pada minit ke-35.
Bagaimanapun Real Madrid bangkit lewat menyamakan kedudukan nenerusi jaringan Sergio Ramos pada minit ke-93 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Perlawanan yang disambung pada masa tambahan tidak dipersiakan Real Madrid apabila pemainnya Gareth Bale meletakkan Real didepan pada minit ke-110 dan diikuti jaringan Marcelo pada minit ke-118. Cristiano Ronaldo melengkapkan malam gemilang anak didik Carlo Ancelotti itu dengan jaringan pada minit ke-120 untuk keputusan 4-1 berpihak kepada Real Madrid.
Friday, May 23, 2014
Malaysia Layak ke Akhir Piala Thomas
Pasukan Badminton Malaysia layak ke akhir Piala
Thomas selepas menewskan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Siri
Fort, New Delhi sebentar tadi.
Lawan Malaysia pada aksi final adalah pasukan Jepun yang mara selepas mengetepikan juara bertahan China juga 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.
Lawan Malaysia pada aksi final adalah pasukan Jepun yang mara selepas mengetepikan juara bertahan China juga 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih mata pertama untuk Malaysia dengan menewaskan pemain Indonesia Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13.
Sementara itu, pada aksi kedua, pasangan beregu negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How meraih kemenangan apabila menewaskan pasangan Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan selepas diheret bermain hingga ke rubber-set 21-19, 8-21 dan 23-21.
Pemain perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng mengutip mata kemenangan untuk Malaysia selepas bermain dengan cermelang sekali ketika bertemu D.H.Rumbaka dengan mata 21-10 dan 21-17.
Kali terakhir
Malaysia layak ke final adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tapi tewas
kepada Indonesia 2-3.
Wednesday, May 21, 2014
Senarai Penuh Hoki Piala Dunia 2014
Ketua
jurulatih skuad negara Muhammad Dharmaraj Abdullah menyenaraikan 18 pemain yang
terdiri daripada pemain berpengalaman dan pemain muda bagi menggalas cabaran
negara dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda akhir bulan
ini.
Bekas kapten
skuad kebangsaan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah adalah antara lima pemain yang
dipanggil semula termasuk penjaga gol berpengalaman, Roslan Jamaluddin, pemain
pertahanan, Muhammad Razie Abdul Rahim dan dua penyerang, Hafifi Hafiz Hanafi
serta Muhamad Ramadhan Rosli.
Dalam
kejohanan dari 31 Mei hingga 15 Jun itu, Malaysia berdepan laluan sukar apabila
diundi dalam kumpulan A bersama juara bertahan Australia, England, Belgium,
India dan Sepanyol.
Sementara
tuan rumah, Belanda berada dalam kumpulan B bersama Jerman, New Zealand, Korea
Selatan, Argentina dan Afrika Selatan.
Skuad
negara akan memulakan saingan menentang pasukan Hoki Australia pada 31 Mei
diikuti Belgium (2 Jun), England (5 Jun), India (7 Jun) sebelum melengkapkan
perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Sepanyol pada 9 Jun ini.
Senarai Penuh18 pemain ke Piala Dunia
2014:
Penjaga Gol: S. Kumar, Roslan Jamaludin.
Pertahanan: Kevin Frederick Lim, Faizal Saari, Mohamad Shukri Abdul Mutalib, Azlan Misron (Kapten), Faiz Helmi Jali, Muhammad Razie Abdul Rahim
Penjaga Gol: S. Kumar, Roslan Jamaludin.
Pertahanan: Kevin Frederick Lim, Faizal Saari, Mohamad Shukri Abdul Mutalib, Azlan Misron (Kapten), Faiz Helmi Jali, Muhammad Razie Abdul Rahim
Tengah: Muhammad Marhan Mohd Jalil,
Mohd Fitri Saari, Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Shahrun Nabil Abdullah,
Penyerang: Muhammad Firhan Ashari,
Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil , Muhamad Ramadhan
Rosli, Ismail Abu, Hafifi Hafiz Hanafi
Kali terakhir Malaysia menyertai kejohanan Piala Dunia adalah
pada 2002 semasa menjadi tuan rumah kejohanan itu di Kuala Lumpur dan sekadar
menamatkan saingan di tempat kelapan.
Monday, May 12, 2014
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu Yang Baru
Anggota Dewan
Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik
sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk
Seri Ahmad Said meletak jawatan pada petang tadi.
Majlis angkat sumpah berlangsung pada
pukul 9.25 malam ini di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Berikutan itu, perkembangan terbabit
mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian
dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya
selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 tahun lalu.
BN menang 17 kerusi DUN berbanding
Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.
Ahmad Said, 57 pertama
kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula
memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.
Saturday, May 3, 2014
Hari Terbuka & KLIA2
Menjadi sebahagian daripada 78,000 orang pengunjung pada tarikh 27 April itu merupakan saat paling indah dan tak dapat dilupakan. Pada hari tersebut pengunjung diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman sebagai penumpang sebenar untuk berlepas dan ketibaan domestik dan antarabangsa. Pengunjung diberi pas menaiki pesawat olok-olak sebagai cendermata. Pengunjung dibawa melawat landasan dengan menaiki bas yang disediakan.
Pengunjung juga dibenarkan melawat dan mengalami KLIA2 Skybridge, yang pertama seumpamanya di Asia dan ketiga di dunia.
Klia2 seluas 257,000 meter pergi yang dibina dengan kos kira-kira RM4 bilion ini mempunyai 76 petak tempat letak pesawat dan mampu menampung penumpang sehingga 45 juta penumpang setahun.
Semalam 2 Mei secara rasmi KLIA2 dibuka sepenuhnya untuk operasi kepada syarikat penerbangan untuk berlepas dan mendarat.
Subscribe to:
Posts (Atom)