Enam peserta program Skool of Lawak iaitu Azmi,
Fiza, Mael, Zam, Yus dan One berjaya mara ke
peringkat akhir dan sekali gus mengalahkan tiga peserta lain iaitu
Kecik, Ain dan Chot pada peringkat separuh yang
diadakan secara langsung dari Studio Satu, Astro, Bukit Jalil pada malam tadi.
Skool of Lawak dihoskan oleh Jep dan Johan, disiarkan setiap hari
Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna
(132) dan Mustika HD (134).
Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai
Prof Razak Mohaideen, Mamat Khalid termasuklah Rosyam manakala 30 peratus
daripada undian penonton.
Sembilan peserta tersebut beraksi di pentas separuh akhir
selepas tujuh minggu bersaing dengan 33 peserta lain untuk merebut tempat ke
gelanggang akhir program realiti komediSkool
of Lawak.
Pada peringkat separuh akhir itu
menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar iaitu Stand
Up dan Silent
Comedy.
Pengumuman pemenang dilakukan oleh pengacara program tersebut
iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak).
No comments:
Post a Comment