Wednesday, September 11, 2013

Harimau Muda berjaya mara ke final Pestabola Merdeka

Skuad Bawah 23 Tahun Negara, Harimau Muda berjaya mara ke final dengan penuh bergaya selepas mencatat kemenangan 3-0 keatas Thailand pada perlawanan ketiga Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur.
Skuad Harimau Muda ini berjaya mencatat gol pertama permainan seawal minit kesebelas selepas Mohd Nasir Basharuddin menyempurnakan bola yang cuba dikeluarkan oleh penjaga gol Thailand, Arikhan Same.

Penyerang kelahiran Sabah, Mohd Rozaimi Ab Rahman berjaya menambah gol kedua negara pada minit ke-27 selepas menewaskan penjaga gol di dalam kotak penalti. Rozaimi sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-80 dengan cubaan kencang di luar kotak penalti selepas menggelecek tiga pemain pertahanan Thailand.


Skuad Harimau Muda A bakal berdepan dengan Myanmar pada aksi akhir Sabtu ini selepas pasukan itu turut menewaskan Singapura 2-0 pada aksi sama di Stadium Mini Temerloh. Thailand dan Singapura bakal bertemu untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada kejohanan empat penjuru ini.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...