Sunday, September 15, 2013

Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka Edisi ke-41

Pasukan Harimau Muda A muncul juara Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan pasukan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur malam tadi.
Gol jaringan Rozaimi Abd Rahman minit ke-29 dan penghujung masa tambahan separuh masa kedua perlawanan oleh Junior Eldstar sudah cukup meletakkan kejayaan manis buat anak didik Ong Kim Swee.
Sementara itu, dalam aksi awal di sebelah petang, Singapura berjaya menewaskan Thailand 2-1 untuk kedudukan ketiga manakala Thailand keempat.
Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan meraih hadiah wang tunai ASD50,000 (RM164,500) selain daripada trofi kejohanan. Naib juara, Myanmar meraih wang ASD 30,000 (RM98,00), tempat ketiga, Singapura juga meraih wang tunai ASD 20,000 (RM65,800) manakala tempat keempat, pasukan Thailand ASD10,000 (RM329,00)

Sementara itu, Wan Zack Haikal dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan, manakalah Rozaimi dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.

Wednesday, September 11, 2013

Harimau Muda berjaya mara ke final Pestabola Merdeka

Skuad Bawah 23 Tahun Negara, Harimau Muda berjaya mara ke final dengan penuh bergaya selepas mencatat kemenangan 3-0 keatas Thailand pada perlawanan ketiga Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur.
Skuad Harimau Muda ini berjaya mencatat gol pertama permainan seawal minit kesebelas selepas Mohd Nasir Basharuddin menyempurnakan bola yang cuba dikeluarkan oleh penjaga gol Thailand, Arikhan Same.

Penyerang kelahiran Sabah, Mohd Rozaimi Ab Rahman berjaya menambah gol kedua negara pada minit ke-27 selepas menewaskan penjaga gol di dalam kotak penalti. Rozaimi sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-80 dengan cubaan kencang di luar kotak penalti selepas menggelecek tiga pemain pertahanan Thailand.


Skuad Harimau Muda A bakal berdepan dengan Myanmar pada aksi akhir Sabtu ini selepas pasukan itu turut menewaskan Singapura 2-0 pada aksi sama di Stadium Mini Temerloh. Thailand dan Singapura bakal bertemu untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada kejohanan empat penjuru ini.

Sunday, September 8, 2013

Tokyo Terpilih sebagai Penganjur Sukan Olimpik 2020


Tokyo telah memenangi hak sebagai penganjur temasya Sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik 2020 selepas menewaskan bandar raya Istanbul, Turki pada pusingan akhir dengan mendapat 60 undian dan Istanbul hanya 36 undian. Undian dilakukan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang bermesyuarat di Buenos Aires, Argentina.

Keputusan ini bermakna Tokyo akan menjadi tuan rumah untuk kali kedua selepas kali pertama pada tahun 1964 dan kali ke empat bagi Jepun menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik, yang juga menganjurkan Sukan Olimpik musim sejuk di Nagano pada 1998 dan Sapporo 1972. Dan Jepun juga menjadi negara Asia pertama yang menganjurkan termasya berprestij ini sebanyak dua kali.







BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...