Lebuh
raya Lembah Klang Selatan (SKVE) Seksyen 2, telah dibuka dengan rasmi pada hari
ini oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan dengan itu
pengguna lebuh raya ini akan menikmati tol percuma selama sebulan sehingga 29
Jun ini.
Laluan
12.9 km ini dengan kos pembinaan sebanyak RM230 juta menghubungkan persimpangan
SKVE Saujana Putra dan persimpangan Teluk Panglima Garang itu secara tidak
langsung mampu menjadi pemangkin pembangunan di sepanjang koridor lebuh raya
iaitu Bandar Saujana Putra, Kebun Baru, Sijangkang, Teluk Panglima Garang,
Jenjarom dan Banting.
Lebuh
raya empat lorong-dua hala dengan kelebaran 3.65 meter bagi setiap lorong itu
dibina dengan penekanan aspek kualiti dan ciri keselamatan seperti dilengkapi
sistem pemantauan trafik dan pasukan ronda 24 jam sehari. Kadar tol yang
tetapkan 14.96sen satu kilometer.
Lebuhraya
SKVE sepanjang 52km ini mempunyai tiga seksyen iaitu 1A dan 1B, Sekyen 2 dan Sekyen
3 dengan kos RM1.1 bilion yang melalui Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah
(ELITE) dan cadangan Lebuh raya Persisiran Pantai Barat, bermula di
persimpangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan berakhir di jalan
lingkaran Pulau Indah. Fasa pertama projek ini iaitu bagi Seksyen 1A disiapkan
pada tahun 2000 manakala Seksyen 1B beroperasi secara rasminya pada 29 Jun
2010. Fasa terakhir iaitu Seksyen 3 lebuh raya itu dijangka siap pada Julai
tahun depan.
tiap ari pegi bangi pakai laluan SKVE.. :D
ReplyDeletesnang la..
ReplyDeleteBgus lah :)
ReplyDelete(http://syedsalleh.blogspot.com/)