Assalamualaikum....
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433H pada hari ini 12 Rabiul Awal bersemperna Hari Keputeraan Junjungan Nabi Muhamad SAW dengan memperbanyakkan berselawat keatasnya dan semoga kita diberkati dan dirahmati selalu....
Hadith:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.
Huraian
1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.
2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.
3. Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

eh..sy pon buat entry yg lbih kurang sama la..tpi psal valentine + maulidur..amacam?
ReplyDeletesambut Maulidur Rasul sana sini tapi bila Valentine Day berkepit dengan pakwemakwe sana sini..apekebende?
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/sambut-maulidur-rasul-tapi-sambut.html
wanie: salam maulidur rasul... :)
ReplyDeleteSetiap kali Maulidurasul....tiap kali itulah bertambahnya usia perkahwinan kami.
ReplyDeletesalam maulidur rasul.. =)
ReplyDeletesalam maulidur rasul~ ;)
ReplyDeletekak mah: ya ke, selamat ulangtahun perkahwinan :)
ReplyDeletezierwa & zamani: salam maulidur rasul juga :)
salam maulidur rasul
ReplyDelete