Friday, November 4, 2011

Kenangan Kembali Natrah Maarof @ Maria Bertha Hertogh


Kedatangan dua gadis Belanda cucu kepada Natrah ke Chukai, Kemaman membawa ingatan atau kenangan lampau kontroversi berdarah yang berlaku di Singapura. Walaupun kita sendiri mungkin belum lahir lagi pada masa itu tetapi peristiwa tersebut mungkin ada atau pernah kita dengar atau baca.

Natrah Maarof @ Maria Bertha Hertogh, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che Aminah Mohamad dari Kemaman, Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya semula, sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950 yang menyebabkan 18 orang maut dan ramai yang cedera. Natrah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun.

Sasha Van Gastel 18, cucu sulung Natrah dan sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol 17, dibawa dari Belanda ke Kampung Mak Chili Paya, Chukai, Kemaman untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat Che Aminah Mohamad. Rokayah, anak kedua daripada lapan beradik, adalah anak kepada Kamariah yang menjadi adik-beradik angkat dengan Natrah ketika wanita Belanda itu dibesarkan Che Aminah pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Natrah anak pasangan Sarjan Andrianus Petrus Hertogh dan Adeline Hunter berketurunan Belanda,  diserahkan ibunya kepada Che Aminah Mohamad yang ketika itu berada di Indonesia, selepas pasangan suami isteri itu menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942 di Indonesia.

Sejak itu, Natrah yang ketika itu berusia lima tahun, dibesarkan oleh Che Aminah dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan ibu angkatnya itu memeliharanya seperti anak sendiri dan diberi didikan mengikut adab Melayu dan Islam di Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu.

Namun, selepas perang 1945, Sarjan Hertogh dibebaskan dan dia berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Che Aminah diperdaya membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu bapanya, tanpa menyedari muslihat Sarjan Hertogh untuk mengambil kembali anaknya.

Tindakan Hertogh mendorong Che Aminah memfailkan rayuan di mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Beliau kemudian dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi pada usia 13 tahun. Cikgu Mansor Adabi ketika itu berusia 22 tahun.

Bagaimanapun, pada 12 Disember 1950, Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan Natrah dikembalikan semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda, sekali gus mencetuskan rusuhan di Singapura menyebabkan 18 maut dan ratusan lagi cedera kerana kecewa Natrah akan murtadkan.

2 comments:

  1. oh, i know bout this girl.
    teater natrah best.

    lps tgok teater tu bru taw natrah wujud :)

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...