EVERY HOME HAS ITS OWN BEACH
Palm Jumeirah at DUBAI new pics!
Monday, March 28, 2011
Sunday, March 27, 2011
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.
"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.
Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.
"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.
"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.
Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.
"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.
Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.
"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.
"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.
Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

80% Penjawat Awam Dibelenggu Hutang
Lebih 80 peratus penjawat awam dibelenggu dengan hutang disebabkan gagal mengurus kewangan secara bijak terutama apabila keinginan melebihi kemampuan, ditambah kemudahan pembiayaan yang terlalu longgar.
Malah, ramai di kalangan mereka mengalami krisis kewangan yang lebih teruk sehingga jatuh bankrap, sekali gus menghadapi risiko hilang pekerjaan dan kelayakan mendapat bayaran pencen. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Datuk Omar Osman , berkata masalah itu disebabkan penjawat awam mudah mendapatkan pinjaman hingga mendatangkan masalah.
Menurutnya, memang ramai bersikap seperti itu lebih-lebih lagi apabila mendapati dirinya layak mendapat pinjaman.
“Beli kereta pun zero deposit pada penjawat awam. Ini sesiapa pun nak beli.
“Kadang-kadang ada yang menjadi penjamin kepada kawan yang hendak berniaga, sebab penjawat awam ini kalau jadi penjamin memang laku, tak kira gaji berapa, asalkan penjawat awam, boleh. “Kawan pula tak boleh buat apa-apa, perniagaan tak jalan, dia pun hilang dan yang menjadi mangsa penjamin, tak boleh lari,” katanya, kepada pemberita selepas majlis perasmian Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Kebankrapan dan Bantuan Guaman di sini, semalam.
Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
Berdasarkan laporan Jabatan Insolvensi ada seramai 1,086 penjawat awam bankrap pada 2009, dengan lebih 70 peratus adalah lelaki.
Omar berkata, angka berkenaan tinggi di kalangan penjawat awam, malah sepatutnya tidak berlaku kes seumpama itu.
“Janganlah sampai menghuru-harakan keluarga kita bila berlaku bankrap, berlaku perkara yang tidak diingini, kerana ini yang menjadi masalah.
“Nanti produktiviti, prestasi dan integriti mereka akan terjejas, kerana masalah kewangan boleh menyebabkan masalah lain,” katanya.

“Kita nasihatkan penjawat awam kalau boleh kena tengoklah pendapatan bulanan kita dan berbelanja dengan kebijaksanaan.
“Janganlah sampai menghuru-harakan keluarga kita bila berlaku bankrap, berlaku perkara yang tidak diingini, kerana ini yang menjadi masalah.
“Nanti produktiviti, prestasi dan integriti mereka akan terjejas, kerana masalah kewangan boleh menyebabkan masalah lain,” katanya.
Safee Sali Bangkit Dengan dua Gol
Safee Sali menjaringkan dua gol yang penting untuk Pelita Jaya Fc menewaskan kelab Bontang Fc dari Kalimantan 2-1. Safee membuka jaringan pada minit ke-61 dan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-75, sebelum Bontang Fc merapatkan kedudukan menerusi sepakan penanti pada minit2 terakhir perlawanan. Sekarang Pelita Jaya Fc di kedudukan ke-14, ke-2 tercorot dalam carta Liga Super Indonesia dengan 16 mata.
Perlawanan seterusnya adalah menentang Persijap Jepara, Ahad depan.
Semoga Safee terus menjaringkan gol...

Monday, March 21, 2011
Dakwaan Terbaru Ke Atas Anwar Sangat Serius Jika Benar - Khalid
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan terbaru ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung video lucah yang dikatakan membabitkan dirinya sangat serius kecuali jika ia dibuktikan tidak benar.
Beliau yang belum menonton video terbabit berkata sekiranya dakwaan itu tidak benar, ia adalah satu hari yang sedih untuk negara kerana 'politik kotor' telah digunakan untuk mencemarkan imej ketua pembangkang itu.
"Pada pendapat saya, politik kotor memalukan. Berilah kami ruang mencukupi untuk melakukan tugas kami kerana ianya untuk kebaikan semua pihak.
"Walaupun ahli politik perlu bersih dalam tingkah lakunya, namun kita juga perlu beri ruang kepada orang dan kita tidak boleh sentiasa ikut (mereka) malahan hingga ke tandas. Terdapat kehidupan peribadi dan kehidupan politik," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis minum petang sempena penghargaan kepada pegawai jabatan teknikal Selangor anjuran SSIC Bhd di sini, Isnin.
Abdul Khalid mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan perkhidmatan seks.
Ketika ditanya sama ada beliau mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam video terbabit, Abdul Khalid secara berseloroh berkata: "Tidak pernah pula saya dandia (Anwar) buat perkara ini. Kami ada kerajaan negeri untuk ditadbir."
Sementara itu, Abdul Khalid memuji kejayaan SSIC mencapai sasaran RM10 bilion dalam menarik pelaburan ke Selangor pada tahun lepas.
"Sebanyak 50 peratus daripada RM10 bilion itu adalah pelaburan berterusan, 50 peratus lagi pelaburan baru. Ada keseimbangan dan terdapat lebih 30 syarikat terlibat dalam pelaburan di Selangor.
"Tahun ini kita harap akan dapat juga jalankan usaha untuk tarik pelaburandari luar dan dalam negara ke negeri ini dengan sasaran kita untuk menarik pelaburan antara RM10 bilion ke RM12 bilion," katanya. - BERNAMA
Terry proud to return as England captain
England skipper John Terry has insisted he holds the utmost respect for Fabio Capello, despite spending a year without the captain's armband.
Terry was stripped of his duties by Capello in February of last year following allegations he had an affair with the former girlfriend of then team-mate Wayne Bridge.
But the 30-year-old has been given a second chance by the England manager, who confirmed on Saturday that Terry will take the armband for Saturday's Euro 2012 qualifier against Wales and into the future.
Terry, who was described as a 'natural leader' by Capello, said he has no qualms with the England manager after all this time and was thrilled to be working alongside himself once more.
"Anyone who ever asks me about Fabio, I can only say good words about him and that's the truth, regardless of what people might hear," the Chelsea defender told The Sun.
"People look at what's happened between us and think there must be trouble but there isn't."
"There's no problem, really. I've got nothing but respect for him. Hopefully, that's the same the other way."
"Fabio has been great. I've got to give him loads of credit for that."
"When he came in, tactically he was spot on in and around the place. I was really impressed with him, I genuinely was."
"Whatever's gone on, losing the captaincy and the like, I still think he's a great manager and right up there with the best of them, especially on the training field."
"When the manager made the decision in that meeting at Wembley I got up, shook his hand and assistant Franco Baldini's hand, and said I'd always give 100 percent whatever happens on the training field and off the pitch."
"He said he really appreciated that and hoped that would be the case. Since then he's said to me I've done that and he's been proud of me for that."

"Nothing changed for me. I love playing for England and I want to keep going for as long as possible and be involved as much as possible."
Friday, March 18, 2011
Bank Negara: Maksimun dua kad kredit saja
Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan kad kredit berkuatkuasa serta merta, pada hari ini.
Antara syarat-syarat baru adalah kelayakan pendapatan minimum bagi memohon kad kredit dinaikkan kepada RM24,000 setahun daripada RM18,000 setahun berkuat kuasa serta merta.
Bagi pemohon atau pemegang kad yang memperoleh RM36,000 setahun atau kurang, mereka akan boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja, kata Timbalan Gabenor BNM Nor Shamsiah Mohd Yunus pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini.
"Bagi pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad, mereka diberikan tempoh sehingga 31 Dis, 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing," kata beliau.
Pada masa ini, 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit mempunyai pendapatan di bawah RM36,000.
Nor Shamsiah berkata pemegang kad juga diberikan sekurang-kurangnya dua tahun bagi menyelesaikan baki tertunggak mereka untuk kad-kad yang dibatalkan bagi tujuan memenuhi keperluan itu.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad juga tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad.
Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstruktur semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah berkenaan, jelas beliau.
Nor Shamsiah berkata langkah itu merupakan usaha berterusan bagi memupuk amalan pengurusan kewangan dan hutang yang berhemat di kalangan pemegang kad kredit.
Sehingga akhir 2010, jumlah hutang kad kredit sebanyak RM30.8 bilion atau lima peratus daripada hutang isirumah.
Walaupun penggunaan kad kredit terus meningkat, nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) kekal rendah. Sehingga akhir 2010, NPL kad kredit hanya 1.7 peratus jumlah pinjaman kad kredit dan dua peratus jumlah NPL sistem perbankan.
- Bernama

Wednesday, March 9, 2011
Grand Prix Selangor
Grand Prix Selangor Sasar Tarik 12,000 Kaki Pancing, Tawar Wang Tunai RM500,000
SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) -- Grand Prix (GP) Memancing Selangor 2011 yang julung kali diadakan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor Dr Yaakob Sapari dan ia akan dijalankan dalam sembilan peringkat di sembilan lokasi mulai hari ini hingga 18 Disember ini.
Beliau berkata untuk setiap siri, hadiah wang tunai RM30,000 akan diberikan kepada pemenang pertama, RM12,000 untuk pemenang tempat kedua dan RM6,000 untuk ketiga.
"Untuk siri pertama yang dilancarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Taman Tasik Kota Kemuning di sini hari ini, 1,200 peserta mengambil bahagian," katanya kepada Bernama di sini Ahad.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan 12,000 kaki pancing menyertai Grand Prix ini akan turut diadakan di Taman Tasik Kelana Jaya, Petaling Jaya, Taman Tasik Kolej Islam Selangor (KUIS) di Hulu Langat, Pantai Tanjong Harapan, Klang, Taman Agrotek, Kuala Selangor, Pantai Sungai Lang, Sabak Bernam, Tasik Millenium, Hulu Selangor, Tasik Cyberjaya, Sepang dan Taman Tasik Shah Alam.

Subscribe to:
Posts (Atom)