Saturday, August 22, 2015
Kedah Juara Liga Perdana 2015
Kejayaan Kedah melakarkan kemenangan besar 4-1 ke atas DRB Hicom dalam perlawanan terakhir Liga Perdana 2015 malam tadi mengesahkan trofi menjadi milik mereka.
Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Sandro Da Silva, hatrik pada minit ke-3, ke-31 dan ke-78, Chidi Edeh pada minit ke-9 dan ke-49. Gol tunggal DRB Hicom oleh Ivan Babic menerusi sepakan penalti pada minit ke-7.
Kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil tersebut turut menyaksikan Kedah layak beraksi kembali dalam saingan Liga Super tahun depan, bersama-sama Pulau Pinang yang menewaskan UiTM Fc 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Selaku juara, Kedah membawa pulang Piala Liga dan wang tunai berjumlah RM300,000
Tuesday, August 18, 2015
Zizan Razak Membuka Rangkaian Kedai Serbaneka, Zizan Mart
Pelakon, pengacara dan pelawak Zizan Razak, 31 telah membuka rangkaian kedai serbaneka pertama miliknya, Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
Zizan Mart menawarkan perbagai barangan keperluan harian yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Menurut Zizan, perniagaan itu merupakan impian yang menjadi kenyataan dan beliau merancang untuk membuka lebih banyak cawangan Zizan Mart di seluruh negara pada masa depan.
Friday, July 31, 2015
Harga Minyak turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi
Ogos 2015.
Harga
baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).
Sunday, May 24, 2015
Floria Diraja Putrajaya 2015
Perbadanan Putrajaya akan sekali lagi menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya untuk kali ke-8.
Floria Diraja Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun 2015 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.
Bayaran masuk ke Festival Floria Diraja ini ditetapkan RM1.00 untuk kanak-kanak, RM 5.00 untuk dewasa dan RM10.00 bagi pelancong warga asing yang akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Kira-kira 50 peserta dari 28 negara akan mengambil bahagian di Festival ini termasuk dari Australia, Kanada, Sepanyol, United Kingdom, Japan, Korea, Oman, Thailand, Afrika Selatan, Taiwan, dan Itali.
Antara tarikan utama pada tahun ini adalah Taman Musim Sejuk dan Musim Bunga.
Saturday, May 23, 2015
Lions XII Muncul Juara Piala FA 2015
Pasukan Bolasepak Lions XII dari Singapura muncul juara Piala FA 2015 selepas menewaskan pasukan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Lion XII mengesahkan kejuaraan menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-6 dan dua gol daripada pemain simpanan, Sahil Suhaimi pada minit ke-80 dan sepakan penalti minit ke-90.
Walaubagaimanapun Kelantan menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap Wan Zack Haikal pada minit ke-61.
Kemenangan Lion XII ini juga merupakan satu rekod apabila kelab dari pasukan luar pertama muncul juara Piala FA sejak diperkenalkan pada tahun 1990.
Saturday, May 9, 2015
Fahrin Ahmad Sah sebagai Suami Elena
Selebriti terkenal Fahrin Ahmad 36, yang juga pelakon dan pengacara sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas 36, seorang pramugari dengan sekali lafaz.
Pasangan tersebut telah dinikahkan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 10.40 sebentar tadi.
Monday, April 27, 2015
Lee Chong Wei digantung lapan bulan
Datuk Lee Chong Wei dijatuhi hukuman gantung daripada beraksi selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bermula 30 Ogos 2014 selepas gagal dalam ujian doping yang dilakukan semasa Kejohanan Dunia Di Copenhagen tahun lepas mengikut lapuran hukuman yang dikeluarkan hari ini.
Panel BMF meneliti dan jelas apabila mendapati penemuan Dexamethasone dalam badan Chong Wei lebih kepada kecuaian. Dalam kes ini panel menganggap Chong Wei bukan sengaja menipu tetapi lebih kepada kecuaian selepas mendapati kapsul herba Cordyceps mempunyai Dexamethasone tanpa disedari.
Oleh itu, Chong bakal membuat penampilan pertamanya pada kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China pada 10~17 Mei ini. Dan seterusnya menyertai Sukan SEA pada Jun ini Di Singapura selepas berehat selama lapan bulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)







