Saturday, April 21, 2012
Azizulhasni Awang Terpilih Ke Olimpik
Setelah berteka-teki, akhirnya spekulasi siapakah pelumba yang akan menggalas cabaran negara ke Sukan Olimpik London 2012 bagi acara trek terjawab apabila Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengumumkan bahawa Azizulhasni Awang bakal beraksi dalam kedua-dua acara, pecut dan keirin.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Timbalan Persiden PKBM, Datuk Naim Mohamad dan beliau berkata, selepas tamatnya Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Melbourne bulan lalu, Josiah Ng perlu menerima hakikat bahawa dia bukan lagi pelumba terbaik negara.
Dengan itu Josiah dipilih sebagai pelumba simpanan dan rakan sepelatih kepada Azizul. Beliau juga akan dibawa bersama ke London nanti.
Untuk rekod, Azizul merupakan pemenang pingat perak acara pecut Kejohanan Dunia 2009 dan pernah memegang status sebagai pelumba keirin No.1 dunia pada 2010 sebelum terpaksa berehat panjang akibat cedera di betis ekoran tertusuk serpihan trek pada Kejohanan Piala Dunia Klasik, Manchester tahun lalu.
Sementara, prestasi Josiah Ng pula dilihat semakin meningkat setelah menang pingat emas acara keirin pada Sukan Komanvel 2010 dan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012, Februari lepas.
Selain Azizulhasni Awang, Atlet lain yang telah berjaya menempah tempat untuk beraksi di Sukan Olimpik 2012 setakat ini ialah:
Sukan Terjun
Pandelela Rinong
Byan Nickson Lomas
Yeoh Kee Nee
Huang Qiang
Leong Mun Yee
Cheong Jun Hong
Wendy Ng Yan Yee
Traisy Vivien Tukiet
Lawan Pedang
Yu Peng Kian
Memanah
Cheng Chu Sian
Mohd Haziq Kamaruddin
Khairul Anuar Muhamad
Nor Shafiqah Hashim
Menembak
Nur Suryani Mohd Taibi
Basikal
Fatehah Mustapa
Azizulhasni Awang
Badminton
Lee Chong Wei
Sukan Olimpik London akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012.
Wednesday, April 11, 2012
Gempa Bumi 8.7 Magnitud Melanda Aceh, Sumatera, Indonesia
Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang tadi.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Menurut Agensi Geologi Amerika Syarikat, gegaran berpusat di Kawasan laut 495km ke barat daya Aceh, sedalam 33km.
Gegaran tersebut turut dirasai di Kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Kawasan utara Semenanjung seperti Pulau Pinang, Perlis dan Perak pada pukul 4.50 petang.
Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.
Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami telah memusnahkan sebahagian besar Aceh yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Di Aceh sahaja 170,000 orang telah terbunuh.
Saturday, March 24, 2012
Timbul Semula Isu Telur Tiruan
Jila dahulu heboh diperkatakan tentang penemuan telur tiruan yang dipercayai berasal dari China, kemudian cerita tersebut senyap begitu sahaja. Kini timbul semula isu ini apabila telur yang direbus sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh, Kemaman bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.
Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.
“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.
“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya.
Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.
Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.
“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.
“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna. Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja katanya.
Wednesday, March 14, 2012
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Diumumkan Pada 21 Mac 2012
Kepada adik-adik yang telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 tentu tidak sabar-sabar dan berdebar-debar menanti pengumuman keputusan peperiksaan tersebut.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Saturday, March 10, 2012
Raja Lawak Musim ke-6 Final
Semua empat peserta gelanggang Raja Lawak separuh akhir musim ke-6 layak ke final selepas tiada penyikiran pada persembahan yang diadakan malam tadi.
Empat peserta yang akan berentap pada pentas akhir nanti yang bakal berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, pada 16 Mac ini aialah 2Yol, Zero, Cuit dan Shiro.
Pada persaingan separuh akhir, Kumpulan Shiro menduduki tempat pertama dengan undian 31.2%, diikuti oleh Zero (27.6%), Cuit (21%) dan 2Yol (20%).
Raja Lawak musim ke-6 diacarakan oleh pasangan Jozan (Johan dan Zizan) dan disiarkan setiap jumaat pukul 10 malam di Saluran 132, Astro Warna. Pada musim ini para peserta diadili oleh tiga pengkritik tetap iaitu produser David Teo, produser dan pelakon Sheila Rusly dan pelawak Sathia.
Hoki Kelayakan Olimpik 2012 Di Dublin, Ireland
Perlawanan pertama skuad hoki negara pada saingan Kelayakan Olimpik 2012 hari ini adalah penting dalam misi untuk melayakan diri ke Sukan Olimpik selepas gagal melayakan diri selama 12 tahun.
Pada perlawanan hari ini, skuad negara akan bertemu Chile, pasukan ranking ke-26 dunia di Stadium Kolej Universiti, Dublin, Ireland. Kemenangan perlawanan ini amat penting kerana selepas ini skuad negara bakal berdepan dengan lawan yang lebih sukar terutamanya pasukan pilihan Korea Selatan.
Jika dilihat daripada kedudukan ranking skuad negara yang berada dikedudukan ke 13 dunia, perlawanan menentang pasukan Chile ini mungkin tidak sesukar mana bagi skuad bimbingan Tai Beng Hai ini.
Pasukan-pasukan lain dalam kumpulan kelayakan ini ialah Korea Selatan ranking ke-6 dunia, Ireland ke-16, Russia ke-20 dan Ukraine ke-29.
Untuk rekod, kali terakhir Malayasia layak ke Sukan Olimpik adalah pada Sukan Olimpik Sydney 2000. Dan skuad negara terlepas peluang keemasan ke Sukan Olimpik 2012 selepas tewas kepada Pakistan pada perlawanan akhir Sukan Asia Guangzhou 2010 yang menyediakan tempat layak secara automatik kepada pemenang pingat emas.
Selepas membuka kempen menentang Chile hari ini, skuad Negara bakal berdepan pula dengan Russia pada Ahad, Ukraine(Selasa), Korea Selatan (Khamis) dan perlawanan terakhir menentang tuan rumah Ireland pada 17 Mac ini.
# Untuk Informasi Terkini Tentang Kejohanan Ini Sila Ke:
INFO BOILER FACEBOOK PAGES
# Untuk Informasi Terkini Tentang Kejohanan Ini Sila Ke:
INFO BOILER FACEBOOK PAGES
Tuesday, March 6, 2012
Terengganu Bermula Dengan Langkah Kanan Dalam Saingan AFC
Juara Piala FA 2011, Terengganu bermula dengan langkah kanan apabila dapat membawa pulang tiga mata penuh pada saingan pembukaan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Terengganu yang berada dalam kumpulan F berjaya mengalahkan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 di Stadium Vinh, Vietnam petang tadi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Abdul Manaf Manaf pada minit ke-51 dan mengesahkan Terengganu sebagai pendahulu sementara kumpulan dengan 3 mata. Dua lagi pasukan dalam kumpulan ini iaitu Kitchee FC dari Hong Kong dan Tampines Rovers dari Singapura akan bertemu malam ini di Stadium Tseung Kwan O Sport Ground, Hong Kong.
Perlawanan kedua pada 20 Mac ini, Terengganu akan menanti kunjungan Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Kedudukan Kumpulan
Jadual Perlawanan
Subscribe to:
Comments (Atom)








