Monday, April 18, 2011

This is not a bath towel

This is NOT a bath towel..... 


Do NOT step on it!
Don't put it in the dryer, either!




The Shar Pei, or Chinese Shar-Pei, is a breed of dog known for its distinctive features of deep wrinkles and a blue-black tongue. The breed comes from China.

Sunday, April 17, 2011

Lee Chong Wei Dan Misbun Berpisah


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal memberi tugas baru kepada Datuk Misbun Sidek untuk mengendalikan skuad pelapis negara.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata kemungkinan besar Misbun tidak lagi melatih pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei sebaliknya tugas tersebut akan diserahkan kepada Rashid Sidek dan Tey Seu Bock.
"Saya yakin bahawa Misbun dapat menerima keputusan tersebut kerana beliau (Misbun) kelihatan tenang ketika dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Bagaimanapun keputusan rasmi mengenai kontrak Misbun hanya akan diumumkan pada Mesyuarat Exco BAM pada 28 April nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan Badminton di pejabat BAM di Stadium Juara Bukit Kiara.
Ng berkata ramai bertanyakan siapa yang akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti, maka BAM telah memberi cabaran buat Misbun untuk membentuk satu kumpulan pemain yang berkaliber yang diharapkan akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti sekiranya beliau bersara selepas Sukan Olimpik London 2012 nanti.
"Maka oleh sebab itulah kita menawarkan kontrak sedemikian kepada beliau (Misbun) dalam menjadi jurulatih kepada kumpulan pemain yang mampu diketengahkan ke dalam skuad elit suatu hari nanti," katanya.
Beliau berkata BAM melihat kemampuan Misbun yang dilihat serasi mengajar pemain yang baru untuk ditawarkan kontrak selama dua tahun.
"Kita telah berbincang dengan ahli gabungan dan beberapa persatuan lain termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), pemain dan penaja untuk kontrak Misbun yang akan disambung 2 tahun ini," katanya.
Selepas tiga bulan berdiam diri, pada 1 April lepas Misbun bersetuju kembali ke pangkuan BAM dan bersetuju untuk menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 31 Dis lepas.
Isu peletakan jawatan Misbun yang juga jurulatih kepada Chong Wei mencetuskan kontroversi selepas beliau mengambil sikap berdiam diri sejak menyerahkan surat peletakan jawatannya.
Datuk Mohmed Misbun bin Haji Sidek 51 tahun, lahir 17 Februari 1960 di Kancung Darat , Banting, Selangor, seorang bekas pemain badminton kebangsaan. Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik beradiknya.
Beliau dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.
Misbun merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila,Filipina.
Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada Jurulatih badminton kebangsaan itu di Istana Melaka.

Saturday, April 16, 2011

Manifesto BN vs Pakatan Rakyat PR Sarawak Ke-10

Hari ini 16 April 2011 adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10,
tarikh yang dinanti-nanti oleh pengundi dan seluruh penduduk Sarawak dan juga seluruh negara
untuk menentukan siapakah yang dapat memerintah Sarawak...BN @ Pakatan Rakyat.
Dapatkah BN mempertahankan semula atau Pakatan Rakyat dapat merampasnya...
Jika Pakatan Rakyat dapat menafikan 2/3 BN di DUN Sarawak, ini merupakan
kejayaan besar bagi Pakatan Rakyat.
Pilihan Raya Sarawak kali ini sangat menarik kerana ia mungkin menjadi penentu
kepada senario Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Kita lihat Manifesto kedua-dua parti untuk Pihan raya  kali ini...


Barisan Nasional

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.
2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.


Pakatan Rakyat

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.
4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Friday, April 15, 2011

Scha Guna Duit Sendiri Beli Kereta Mewah


Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menjelaskan kereta mewah jenis Audi Q5 yang bernilai lebih RM300,000 dibeli sendiri oleh kekasihnya, Scha Al-Yahya.
Awal berkata, dia tidak mampu memberikan kereta itu sebagai hadiah untuk seorang kekasih kerana harganya yang mahal.
"Saya tidak mampu menghadiahkan sebuah kereta mewah seperti itu. Hal ini hanyalah spekulasi semata-mata dan ia tidak patut diperbesarkan kerana boleh membahayakan diri Scha sendiri.
"Dalam masa yang sama ia menunjukkan saya seorang pelakon yang hidup senang sedangkan rasanya, Scha lebih berkemampuan daripada saya. Saya harap penjelasan ini dapat menutup spekulasi yang dilemparkan," katanya yang ditemui di sidang akhbar Tiger Futbol Starz musim kedua di Restoran Ecoba, PJ Trade Center, Petaling Jaya.
Awal membuat penjelasan tersebut berikutan tersiarnya gosip di sebuah akhbar tabloid harian yang mengatakan Scha menerima sebuah kereta Audi Q5 yang diberikan oleh Awal sebagai hadiah dengan menggunakan nombor pendaftaran empat digit.
Bagaimanapun, jelas Awal lagi, Scha sedikit terkilan apabila laporan gosip berkenaan turut menyiarkan nombor plat kereta tersebut.
"Dia agak marah kerana nombor plat disiarkan. Saya faham perasaannya kerana paparan nombor plat itu seperti kita memaparkan nombor telefon kepada umum.
"Maklumlah, sekarang ini macam-macam perkara buruk boleh terjadi dan spekulasi ini boleh membahayakan Scha. Manalah tahu kalau ada yang mengekorinya daripada belakang kereta tanpa sedar.
"Lagipun siapa yang tidak sakit hati apabila sesebuah benda itu dibeli hasil daripada titik peluh sendiri yang kemudiannya disensasikan?” ujarnya
Sementara itu, kata Awal, dia sedang merancang untuk berkahwin dengan Scha pada tahun ini atau pada tahun depan.
"Setakat ini ada perancangan untuk mempercepatkan perkahwinan kami. Tetapi buat masa ini, jadual kami agak padat dengan karier masing-masing.
"Tambah pula, kedua-dua belah keluarga mahu ikatan perkahwinan ini mengikut adat. Pastinya ia mengambil sedikit masa," tuturnya.

Wednesday, April 13, 2011

Menara Setinggi 1.6km Bakal Didirikan di Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mendirikan menara tertinggi di dunia dengan ketinggian
mencapai setinggi 1.6km berbanding Burj Khalifa di Dubai yang mempunyai ketinggian 828 meter.



Menara ini akan dilengkapi dengan sejumlah hotel, apartmen mewah, pejabat dan pusat membeli-belah.
Rancangan pembangunan ini dianggarkan 12 billion pound sterling.



Senarai 10 bangunan tertinggi di dunia:
Burj Khalifah
Tinggi               : 828 meter (163 tingkat)
Dibuka             : 2010
Lokasi              : Dubai, UAE

Taipei 101
Tinggi               : 508 meter (101 tingkat)
Dibuka             : 2004
Lokasi              : Taipei, Taiwan

Shanghai World Finance Center
Tinggi               : 492 meter (101 tingkat)
Dibuka             : 2008
Lokasi              : Shanghai, China

International Commerce Centre
Tinggi               : 484 meter (108 tingkat)
Dibuka             : 2010
Lokasi              : Kowloon, Hong Kong

Petronas Tower 1
Tinggi               : 452 meter (88 tingkat)
Dibuka             : 1998
Lokasi              : Kuala Lumpur, Malaysia

Petronas Tower 2
Tinggi               : 452 meter (88 tingkat)
Dibuka             : 1998
Lokasi              : Kuala Lumpur, Malaysia

Nanjing Greenland Financial Center
Tinggi               : 450 meter (89 tingkat)
Dibuka             : 2010
Lokasi              : Nanjing, China

Willis Tower
Tinggi               : 442 meter (110 tingkat)
Dibuka             : 1974
Lokasi              : Chicago, Amerika Syarikat

Kingkey Finance Tower
Tinggi               : 442 meter (98 tingkat)
Dibuka             : 2011
Lokasi              : Shenzhen, China

Guangzhou West Tower
Tinggi               : 438 meter (103 tingkat)
Dibuka             : 2010
Lokasi              : Guangzhou, China

Monday, April 11, 2011

Terkejut Hidangan Ikan Patin Rm13,000

TEMERLOH, 11 April - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

-- BERNAMA

Sunday, April 10, 2011

Surat Khabar Lazat

Di pagi-pagi minggu ni,
selepas sarapan,
duduk-duduk sambil baca surat khabar,
 tengok dan baca apa-apa berita yang menarik...
kemudian terfikir juga boleh ke
baca surat khabar sambil sarapan....maksud saya....
sambil baca...makan sekali surat khabar tu...
boleh ke...

bolehlah....
tengok nie...
.
.
.
.
.
.
Lazatnya sehingga tak pandang kiri-kanan

 Adunan surat khabar ini terdiri daripada tepung,
minyak sayur, manisan arab,
air dan asid sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat
dan dibentuk menjadi helaian surat khabar.
Akhbar lazat ini juga ditambah aroma vanila yang lembut bau
untuk menarik minat pembacanya..

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...