Tuesday, October 9, 2012

Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia Diundi Dalam Kumpulan D


Skuad bola sepak negara, Harimau Malaya  berdepan laluan sukar  pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila diundi dalam Kumpulan D bersama tiga pasukan dari negara Arab iaitu Qatar, Bahrain dan Yaman dalam udian yang dijalankan sebentar tadi.

Hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan bersama pemenang ketiga terbaik daripada lima kumpulan.
Empat pasukan melayakkan diri secara automatik iaitu Australia selaku tuan rumah, Jepun selaku juara bertahan manakala dua lagi slot diisi oleh KoreaSelatan selaku pemenang tempat ketiga Piala Asia 2011 di Qatar serta KoreaUtara selaku juara Piala Cabaran AFC tahun ini. Slot automatik kelima akan diberikan kepada pemenang Piala Cabaran AFC pada 2014.
Pusingan akhir Piala Asia 2015 dijadual berlangsung di empat bandar di Australia pada Jan 2015 iaitu Melbourne, Brisbane, Sydney dan Canberra.
Sebagai rekod, skuad bola sepak negara melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu di Iran (1976), Kuwait (1980) dan 2007 selaku tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Sunday, October 7, 2012

KL Gangster diangkat sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster


Filem KL Gangster arahan pengarah muda, Syamsul Yusof,29, mengungguli Anugerah Blokbuster 2011 apabila diangkat sebagai Filem Terhebat  yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.  Kemenangan itu membolehkan KL Gangster membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Selain Filem Terhebat, KL Gangster turut memenangi bagi kategori Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat. Anugerah Blockbuster 2011 yang baru pertama kali diperkenalkan ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem (PFM) dengan kerjasama Astro.
Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada peminat.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011:
Anugerah Filem Paling Hebat
-KL Gangster
Anugerah Tuan Direktor Terhebat
- Syamsul Yusof – KL Gangster
Anugerah Direktor Baru Terhebat
- M Suurya – Sumpahan Puaka
Anugerah Filem Aksi Terhebat
- KL Gangster
Anugerah Filem Kelakar Terhebat
- Hantu Bonceng
Anugerah Filem Takut Terhebat
- Khurafat
Anugerah Drama Muzikal Terhebat
- Nur Kasih The Movie
Anugerah Hero Terhebat
- Zizan Razak – Hantu Bonceng
Anugerah Heroin Terhebat
- Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster
Anugerah Watak Penyangak Terhebat
- Fikri Bakar – Klip 3GP
Anugerah Lagu Filem Terhebat
- Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat
- Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat
 - Tasha Shilla – Ratu The Movie
Anugerah PFM
- Syamsul Yusof
Anugerah Astro First Terhebat
- Kongsi

Saturday, September 22, 2012

iPhone 5 mula dipasarkan


Gajet terbaru keluaran Apple, iPhone 5 mula dipasarkan di negara-negara di Asia, Eropah dan Amerika Utara semalam dengan peminat terpaksa berbaris panjang bagi mendapatkan telefon pintar itu.
                                      Height:4.87 inches (123.8 mm)
                                      Width:    2.31 inches (58.6 mm)
                                      Depth:    0.30 inch (7.6 mm)
                                      Weight:   3.95 ounces (112 grams)



Keghairahan peminat itu sekali gus menunjukkan kejayaan produk terbaru syarikat teknologi Amerika Syarikat berkenaan yang difahamkan telah menerima lebih dua juta tempahan menerusi atas talian.

Bagaimanapun, Australia muncul negara pertama yang mula memasarkan gajet itu dengan kakitangan kedai yang menjual produk itu meraikan dan bertepuk tangan terhadap pelanggan yang mula memasuki kedai seawal pukul 8 pagi waktu tempatan.


Friday, September 21, 2012

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2012


Berikut adalah jadual perlawanan suku akhir pertama dan kedua Piala Malaysia 2012
(Pusingan Pertama)
25 September
Pahang lwn Lions XII 8.45mlm (Stadium Darul Makmur, Kuantan)
Johor FC lwn Selangor 8.45mlm (Stadium MP.Pasir Gudang, Johor Bahru)
28 September
ATM lwn N.Sembilan 8.45mlm (Stadium MP. Selayang, Kuala Lumpur)
29 September
KL Felda Unitedlwn Kelantan 8.45mlm (Stadium Hang Jebat, Melaka)
(Pusingan kedua)
2 atau 5 Oktober
Lions XII Fe lwn Pahang 8.45mlm (Stadium Jalan Besar, Singapura)
Kelantan lwn KL Felda United 8.45mlm (Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)
N.Sembilan lwn ATM 8.45mlm (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi)
Selangor mln Johor FC 8.45mlm (Stadium Shah Alam,Selangor)
*** Jika Pasukan Kelantan layak ke Peringkat Separuh Akhir Piala AFC 2012, maka semua Perlawanan Suku Akhir Peringkat Kedua Piala Malaysia 2012 iaitu Perlawanan Bil. 53, 54, 55 dan 56 akan dimainkan serentak pada 5 Oktober 2012.
*** Jika Pasukan Kelantan tidak layak ke Peringkat Separuh Akhir Piala AFC 2012, maka semua Perlawanan Suku Akhir Peringkat Kedua Piala Malaysia 2012 iaitu Perlawanan Bil. 53, 54, 55 dan 56 akan dimainkan serentak pada 2 Oktober 2012.

Friday, August 31, 2012

Undian Liga Juara-Juara Eropah 2012/13




Undian Liga Juara2 Eropah 2012/13 sangat menarik apabila Juara Liga Perdana Inggeris, EPL  Manchester City diundi bersama juara Sepanyol, Real Madrid, juara Belanda, Ajax Amsterdam dan juara Jerman, Borussia Dortmund dalam kumpulan D.

Chelsea, juara bertahan Liga Juara-Juara yang menewaskan Bayern Munich musim lalu diundi dalam kumpulan E bersama Shakhtar Donetsk, Juventus dan FC Nordsjaelland.

Berikut adalah senarai undian Liga Juara2 2012/13 yang diadakan di Monaco.

Group A:
Porto (Juara Portugal)
Dynamo Kiev
Paris St Germain
Dinamo Zagreb

Group B:
Arsenal
Schalke
Olympiacos (Juara Greece)
Montpellier

Group C:
AC Milan
Zenit St Petersburg (Juara Rusia)
Anderlecht
Malaga

Group D:
Real Madrid (Juara Sepanyol)
Manchester City (Juara England)
Ajax (Juara Belanda)
Borussia Dortmund (Juara Jerman)

Group E:
Chelsea (Juara bertahan Liga Juara-Juara)
Shakhtar Donetsk (Juara Ukraine)
Juventus (Juara Itali)
FC Nordsjaelland (Juara Denmark)

Group F:
Bayern Munich
Valencia
Lille
BATE Borisov

Group G:
Barcelona
Benfica
Spartak Moscow
Celtic

Group H:
Manchester United
Braga
Galatasaray (Juara Turki)
CFR Cluj

Friday, July 27, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012/1433H

Berikut merupakan kadar zakat Fitrah untuk tahun 2012/1433H bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

Perlis            -RM6.00
Kedah          -RM7.00
P.Pinang       -RM7.00
Perak           -RM7.00
Selangor       -RM7.00
Negeri Sembilan -RM6.00
Melaka         -RM6.50
Johor            -RM5.00/8.00
Pahang          -RM7.00
Terengganu   -RM4.50/7.00/7.60
Kelantan        -RM7.00
Sarawak        -RM6.50
Sabah            -RM7.00
WP Kuala Lumpur, Putra Jaya & Labuan  -RM7.00

Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.




Sunday, July 8, 2012

Juruterbang Pilihan Ella Sebagai Pasangan


Dengan sekali lafaz, Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada  Azhar Ghazali, 30-an, seorang juruterbang syarikat Firefly.Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang, Selangor kira-kira pukul 10.30 malam tadi dan dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.


Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula. Mereka berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.


Ella menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 1 Disember depan.  

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...