Saturday, May 14, 2011

Sky Park Singapore

Nikmatilah Keindahan Panorama
Sky Park Marina Bay Sands Singapore



Nampak macam kapal yang diletakkan di atas 3 bangunan pencakar langit 







Monday, May 9, 2011

Gambar Anak Aidil dan Rita


Pelakon Rita Rudani Mokhtar yang juga isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selamat melahirkan anak yang kedua pada hari jumaat yang lepas. Tahniah kepada mereka berdua.

Bayi tersebut yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna dilahirkan pada kira-kira pukul 1.30 petang di Pusat Pakar Perubatan Prince Court (PCMC), Kuala Lumpur.

Airit Rafqa Arjuna yang dilahirkan dengan seberat 2.75kg itu mempunyai seorang abang yang berumur 2 tahun bernama Airit Rayyan Rizqin.



Menurut Rita Rudani, nama Arjuna dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadikan kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumahtangga sewaktu mengandungkannya.

Sunday, May 8, 2011

Presiden Sendiri Memohon Maaf

Walaupun Jepun merupakan negara yang paling maju di dunia dari segi teknologi tetapi sikap hormati-menghormati di antara satu sama lain, penyayang, penyabar dan pemaaf masih wujud  di kalangan masyarakatnya.


Ini dapat dilihat apabila Presiden Tokyo Electric Power Company, Masataka Shimizu sendiri bertemu dan meminta maaf kepada warga desa dari Namie di Pusat Penempatan Pelarian di Nihonmatsu, Jepun.

Warga Desa ini di tempatkan di sini kerana kawasan mereka terletak di zon bahaya radioaktif kilang tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi  yang dimiliki oleh Tokyo Electric Power Company.
Kemudahan di kilang ini rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 mac 2011.

Thursday, May 5, 2011

Pemain Wanita Kena Pakai Skirt


Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) akan melaksanakan peraturan baru yang mewajibkan pemain Badminton wanita memakai skirt semasa bermain yang mana kebanyakkan pemain sekarang terutamanya dari Asia lebih selesa dengan memakai seluar pendek.


Peraturan tersebut akan berkuatkuasa bermula di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura pada 1 Jun 2011.
BWF berkata peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan aksi yang lebih menarik untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton ke sesuatu kejohanan dan juga menarik minat penajaan untuk menaja sukan ini.
Dengan peraturan ini apakah nanti kehadiran ramai penonton hanya kerana untuk menyaksikan aksi pemain wanita tersebut atau permainan badminton itu sendiri.

Tuesday, May 3, 2011

Persaingan Liga Perdana Inggeris


Penjaga Gol MU, Edwin Van Der Sar gagal menyelamatkan bola rembatan Aaron Ramsey

Kemenangan Arsenal 1 - 0 keatas Manchester United di Stadium Emirates pada Ahad lalu membuka semula ruang saingan diantara 3 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris pada tahun ini. Gol jaringan Ramsey tersebut telah menidakkan hasrat MU untuk menjarakkan kedudukan Liga dan seterusnya menjuarainya sebaliknya dengan kekalahan tersebut membuatkan Chelsea hanya ketinggalan hanya 3 mata sahaja, dan ia akan memberi Chelsea peluang menyamakan mata apabila bertemu MU di Old Trafford ahad ini.

Arsenal dengan 67 mata ketinggalan 3 mata di belakang Chelsea juga berpeluang untuk menjuarai Liga Perdana andai kata MU dan Chelsea kalah dalam baki 3 perlawanan nanti dan Arsenal menang semuanya.

Baki Perlawanan Manchaster adalah menentang Chelsea, Blackburn Rovers dan Blackpool, sementara Chelsea pula adalah Manchaster United, Newcastle dan Everton. Bagi pasukan tangga ketiga Arsenal pula melawan Stoke City, Aston Villa dan Fulham. 

Sunday, May 1, 2011

Labour Day @ Hari Buruh

Selamat Hari Buruh semua...selamat bercuti bersama keluarga dan rakan2  pada hari ini. Sebenarnya Hari Buruh atau Hari Pekerja adalah satu hari untuk cuti tahunan yang diraikan oleh semua pekerja pada hari 1 Mei setiap tahun di seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Hari  Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.

 

Tarikh 1 Mei dipilih kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, meminta lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886.



Di Negara kita Hari Pekerja mula diiktiraf oleh Kerajaan pada tahun 1973 apabila tarikh 1 Mei diisytiharkan sebagai hari cuti umum pada setiap tahun.
Perhimpunan Hari Pekerja pula dianjurkan oleh kerajaan mulai tahun 1991, pada tahun ini ia diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 Mei 2100 dengan temanya "Pekerja Merealisasi  Transformasi Negara".

Saturday, April 30, 2011

Kulit Durian boleh dijadikan penyerap minyak


Kita hanya mengetahui bahawa durian adalah buah bermusim yang diminati oleh kebanyakan penduduk di Asia dan berasal dari Asia Tenggara tapi tidak ramai yang tahu kegunaan kulit buah yang dikenali sebagai raja buah ini.
Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti makan kastard dalam tandas awam. Oleh kerana durian berbau busuk bagi sesetengah orang, buah durian dilarang dibawa di dalam beg sandang di atas pesawat milik sebahagian syarikat penerbangan.  


Buah yang mempunyai isi yang lazat dan kulit berduri dengan bau semerbak itu didapati mempunyai satu lagi kegunaan iaitu kulitnya boleh dijadikan penyerap minyak.

Perkara itu diperoleh hasil penyelidikan inovatif Universiti Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

Pensyarah Jabatan Bioteknologi, Fakulti Sains Gunaan AIMST Dr S Kathiresan berkata kulit durian, yang biasanya dibuang, boleh diguna untuk membuang minyak daripada air.

"Keputusan yang diperoleh pada skala makmal menunjukkan bahawa secara kimia kulit durian yang diubahsuai adalah penyerap yang berkesan untuk memulihkan air yang dicemari minyak.”

Beliau berkata bio penyerap boleh diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di sepanjang pesisir pantai, yang boleh memudaratkan bukan sahaja hidupan laut tetapi juga aktiviti ekonomi kepada manusia.

"Biasanya, kaedah manual dan fizikal diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di pesisir pantai. Oleh itu penggunaan sisa agro untuk pemulihan alam sekitar mempunyai potensi komersial yang besar berikutan keberkesanannya untuk menyerap minyak, kos yang sederhana dan biodegrasi," katanya.

Dr Kathiresan berkata kajian beliau mengenai perkara itu bermula dengan percubaan mudah iaitu mengumpul kulit durian dan membasuhnya beberapa kali dengan air paip untuk membuang kotoran.

Ia kemudian dipotong kecil sekitar lima hingga lapan sentimeter panjang dan dikeringkan di bawah cahaya matahari, sebelum dikisar menjadi serbuk.

"Kulit durian diubahsuai dengan pelbagai bahan kimia dan minyak untuk menghilangkan tumpahan minyak di larutan air," katanya.

Dr Kathiresan berkata asid lemak durian yang menjalani proses peremajaan juga boleh mengekalkan keberkesanan asalnya, untuk menyerap tumpahan minyak pada air sekurang-kurangnya untuk tiga kitaran.

Pada masa ini kos bahan tertentu yang diguna untuk membersihkan tumpahan minyak ialah sekitar AS$100 sekiloram.

Dr Kathiresan berkata beliau akan membentangkan kertas kajiannya bertajuk "Fatty Acid Modified Durian Peel As An Efficient Biosorbent For Removal of Spilled Oil on Aqueous Media" pada Kongres Kimia Asia ke-14 September ini di Bangkok.


Tiadalah nanti kulit durian dibiarkan bersepah-sepah selepas dimakan isi kerana kulitnya juga ada nilai komersialnya.


BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...