Skuad bola sepak negara,
Harimau Malaya berdepan laluan sukar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015
apabila diundi dalam Kumpulan D bersama tiga pasukan dari negara Arab iaitu
Qatar, Bahrain dan Yaman dalam udian yang dijalankan sebentar tadi.
Hanya dua pasukan teratas daripada setiap
kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan bersama pemenang
ketiga terbaik daripada lima kumpulan.
Empat pasukan
melayakkan diri secara automatik iaitu Australia selaku tuan rumah, Jepun
selaku juara bertahan manakala dua lagi slot diisi oleh KoreaSelatan selaku
pemenang tempat ketiga Piala Asia 2011 di Qatar serta KoreaUtara selaku juara
Piala Cabaran AFC tahun ini. Slot automatik kelima akan diberikan kepada
pemenang Piala Cabaran AFC pada 2014.
Pusingan akhir Piala
Asia 2015 dijadual berlangsung di empat bandar di Australia pada Jan 2015 iaitu
Melbourne, Brisbane, Sydney dan Canberra.
Sebagai rekod,
skuad bola sepak negara melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan bola sepak
empat tahun sekali itu di Iran (1976), Kuwait (1980) dan 2007 selaku tuan rumah
bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.