Saturday, March 30, 2013

Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen Berjaya Dinobatkan Juara Musim Pertama Fear Factor Selebriti Malaysia




Tahniah kepada Pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen yang berjaya dinobatkan sebagai juara musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu Hefny dan Hafizul. Kemenangan itu melayakkan Dazrin dan Hairul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.
Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di The Square, Publika, Kuala Lumpur seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam tadi. Selain Dazrin-Hairul, pasangan selebriti Hefny-Hafizul, Dafi-Zoey dan Elfira-Ajak Shiro turut bersaing pada peringkat akhir namun tersingkir pada cabaran terakhir.
Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh pelakon Aaron Aziz mula menemui penonton sejak 29 Disember lalu. Program sebanyak 13 episod itu disertai 30 artis tanah air dengan masing-masing dibahagikan kepada 15 kumpulan diuji dengan pelbagai tugasan mencabar. Program berkenaan menjalani penggambaran selama lebih tiga minggu di Cape Towin, Afrika Selatan. 
Turut menyertai program ini ialah Didie Alias, Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Gabit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael (Masterchef 1), Mejar Dr Faiz, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja lee dan Johan As’ari.

3 comments:

  1. yeahhh. hairul menang. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. tahniah untuk mereka berdua...

    ReplyDelete
  3. Untunglah dapat 200,000 =(..dapat p afrika free lak tu..siyan elfiraku kalah...sob sob

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...